CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 3, 2013

LULU, I miss u.

Lulu dah xder, yea LULU kucing pertama yang ak pandai pegang, yang ak ngan mak kasi masuk umah, kucing yang ak ngan mak kisah pasal makan minumnya dah xder. Yea lulu kucing jalanan tapi ak dah syang dia cam kucing sendiri.

April 2012 - 8 Dec 2012, Lulu umurnya x panjang.
Lulu, terima kasih sebab datang walaupun sekejap bwak kegembiraan dalam rumah kami.
Allah, terima kasih banyak pinjamkan Lulu walau sekejap.
Aku selalu berdoa satu hari nanti ak akan jumpa jugak lulu, dalam mimpi barangkali. Mudah mudahan di Syurga juga (kena usaha banyak nak menempatkan diri di syurga). Aminn

Ini first day mak lulu (nama dia BULU) ksi tunjuk anak dia. Btw, mak dia pun dah nampak cam x sihat sgt masa nih. Tengok balik gambar nie rasa cam sedih sngat. Selalu terfikir bersalahnya kat Bulu sebab x mampu nak jaga Lulu dengan baik.

Bulu & Lulu asal asalnya kucing jalanan. & ak bukan dikira tuannya pun sebab ak x bela dia-cuma bg mkan dan main2. Tapi lama2 rasa syang tuh bertambah. Lulu takut ngan orang lain, berani pun cuma dengan ak & mak jer .hidupnya cuma 100 meter jer dari umah ak. Dia x berani jlan jauh2, dia xpandai nak perthankan diri kalau diserang atau dimarah kucing lain, tapi dia pandai berdikari. Ak x pernah gelarkan diri ak mama kepada lulu (orang selalu watcamtuekan kalau tuan kucing digelarnya 'kita' nie sebagai mama kucing. Tapi ak tetap gelarkan ak adalah ak dan mak adalah mak pada lulu. Konon-kononnya macam ak & lulu nie adik beradikla.

Hari tue ak tengok hitam ada kwan sendiri, dia boleh plak jalan2 ngan kwan dia. Oh hitam pun seekor kucing jalanan juga. Ak bagi dia mkanan lulu sekarang sebab nak habiskan mkanan lulu tuh. Ak nangis kuat2 dekat mak ak ckap "Lulu dulu x der kwan pun mak, kwan Lulu cuma kita dua jer. Bila Lulu cuba nak berkawan dengan kucing lain, kucing lain marah, tinggalkan dia, Akhirnya Lulu akan berlari ker kita jugak".
Ak jadi sedih sngat. Ak salahkan smeua semua kucing kenapa x nak kawan dengan Lulu. Mak balas "Lulu kecik lagi la dik, kucing2 lain dah besar. Diorang x nak la kawan dengan Lulu.

Aku selalu terfikir adakah ak dah jaga lulu dengan baik, adakah aku melayan lulu dengan cukup baik dan akhirnya ak akan menyesal sendiri kenapa ak x layan lulu dengan lebih baik. Manusia selalu macam tue, bila  dah xder, baru kita lebih menghargainya.

Dear Lulu sayang, i miss u very much. Terima kasih sebab membahagiakan ak & mak. Minta maaf banyak2  kalau ada salah silap. Sedih sngat bila lulu mati sendiri xder saper pun masa tue, tapi muka Lulu nampak tenang jer, macam Lulu tengah tidur. Lulu, bersemadilah dengan tenang.


Apapun, datangnya Lulu membawa 1001 lesson. Lulu telah mengajar ak untuk lebih caring dengan haiwan. Lulu jadikan ak lebih kisah pasal kucing2 dekat jalanan sekarang. Lulu buat ak fikir manusia selaku khalifah di muka bumi Allah nie seharusnya menjag haiwan2 kat dunia nih- spare some time & love for them.

Ak asalnya adalah seorang yang x berminat pun dengan kucing sebelum nih. Bukan benci, bukan juga suka. Pegang kucing pun x pandai. Dulu kalau ak dengar orang nangis sebab kucing mati, orang nak jalan ingat kat kucing-sape nak kasi makan kat kucing diorang, selamat x tinggalkan kucing semua tuh, ak rasa semua benda tue tipu jerr, kita manusia, kucing tue haiwan : duduknya bukan pada landasan yang sama.. Tapi Lulu dah ajar ak  manusia dan haiwan boleh berkongsi perasaan yang sama. Sebab lululah, ak pandai pegang kucing sekarang. Sebab lululah ak lebih 'kisah' pada kucing2 sekarang.

bye, LULU in memory.







Saturday, September 29, 2012

Menjadi sahabat yang lebih baik.

Sedang membenci diri sendiri- merasakan diri adalah seorang sahabat yang tidak berguna. sobs :(
pergi terjun lautla maizan lagi bagus (oh x akan, sebab x pandai berenang, kang free2 jer sampai benua lain- jd isu plak kat paper). angan2 la tuh muka atas pelampung masuk frontpage, ptuihh

Daripada sahabat kepada sahabat:

please know that walaupun ak jarang hang out sama2, jarang call (ak dahla kadang2 soundtrouble orang ckap lain ak repeat lain), xder skype (oh old-skoolnyer ekau myzan), YM lagila ak dah campak ke laut lama dah : ak doakan kesejahteraan korang semua di dunia & akhirat. semoga kita semua berada dalam rahmat & redha-Nya. Aminn

tlong tahu ak syang korang, sayang korang sayang korangg cuma ak jer berhati kering x tau nak tunjuk. I don't show it but deep inside I do care & pray.

maafkan ak, i'm sorry sorry sorry for not being a good friend.
azam baru nakdekatakhir tahun (plikla ko orng wat azam awal tahun kowt) - mari mencuba menjadi "sahabat" yang excellent. Aminnn..


p/s: ee x sukala huruf wi kat keypad rosakk. susah ok untuk membuat pilihan kata baru.

Friday, September 28, 2012

Kerana aku sorang penganggur

Kerana aku seorang penganggur, marilah berblogging. haha boleh ker camtue? bolehkan jer.
Abaikan post-post ilmiah sebelum ni. Yang penting dapat A untuk ICT. owhh tq lectrer! syang madam banyak :) nantila kalau rajin tukar segala mender nih.

Aku bukan sekadar seorang pengangur. no-no.
Aku ialah bibik rumah sepenuh masa, cleaner, tukang sental habuk, mastercepp di rumah, pemandu peribadi datin mama, tukang bagi mkan kucing, tukang kejar kucing. tukang kcau lulu dan setiausaha kerja2 khas.
multi tasking.

Kerana boring sikit2, maka ak pun mulala berblog, kengkononnya. pas2 ko nak menyelit jugak kat blog ict ko kann maizan. jenis pemalas nak buat blog baru.

& dapat ak rasakan ini hanyalah sehangat bunga tahi ayam. ak rajin tulis, chehh idea ada, yolahh tue maizan
tapiii tenet tara best, biasala penganggur duit pun syilling2 jer. broadband murahanla mampu pakaii

kbye

p/s: kalau tiba2 mak ada skill menggodam, mak jeala yang akan jumpa entry nih, wohaa



Sunday, July 17, 2011

click here

Sunday, October 25, 2009

Rumahku, Bantingku...

Alhamdulillah, dapat juga pulang ke rumah akhirnya. Lama dah tak balik ke rumah semenjak raya lagi. Rindu sangat-sangat dah dekat rumah. Rumah saya terletak di Banting, Selangor. Pada hari Ahadnya, ssya temankan mak pergi ke Pasar Tg. Sepat. sambil-sambil tu dapatla saya bawa kereta, lama sangat dah tak bawa, takut terlupa jer. Ahamdulillah, tak pun. Tg. Sepat dari rumah saya adalah dalam lebih kurang 40 minit. Pasar Tg. Sepat biasa jer. lebih kecil lagi dari Pasar Banting tapi yang seronoknya ikan di sana memang baru-baru dan segar lagi. Apa yang menarik perhatian saya dan mak ialah ikan-ikan tue memang baru sahaja dihantar ke situ dengan menaiki motor. Dan tauke-tauke ikan pun mulala mengira-ngira ikan tue, lepas ikan tue dikira barulah boleh dibeli. Itupun orang dah ramai tunggu dan kebanyakan ikan-ikan dah ada orang yang punya. Mengikut kata mak saya (almaklumlah saya tak berapa nak expert tengok ikan-ikan nih), ikan tu semuanya cantik-cantik, berkilat-kilat dan harga pun rendah sikitla berbanding bila dah sampai pasar Banting.Habis jer sebakul ikan, ikan lain pula sampai untuk dikira-kira. Seronok sangat kami tengok. Dalam pada tu, sempat juga saya ternampak seoang nenek digigit ketam yang masih hidup lagi semasa sedang memilih-milih dan bila cucu nenek tu pula datang nak pegang ketam, riuh nenek itu halang. Haha, kelakar

Selepas itu, saya balik kampung pula, kampung saya memang dalam perjalanan balik rumah pun, Kg. Endah. Sampai sana jer, pakcik saya kata makcik saya kat rumah jiran, ada masak-masak untuk kenduri doa selamat kecil-kecilan. Pulak dah, dengan tak dirancang-rancang, pergila saya ke rumah jiran tadi. Rupa-rupanya, mereka masak-masak untuk kenduri doa selamat buat anak jiran yang nak bertolak balik ke mesir tak lama lagi tapi yang menariknya kenduri doa selamat tu dia panggil aknak-kanak jer. Apa ntah nama dia, saya terlupa. Saya macam xcited juga la sebab saya x pernah mengalami sebelum ini. mak saya kata memang saya tak pernah sebab saya duduk kawasan perumahan. Majlis ini selalunya dibuat di kampung je, itupun dah makin kurang. Menu yang lain daripada lain ialah mungkin atas nasi putih ada telur rebus di samping ayam masak kicap,mi hun, kacang, ikan masin dan serunding. Ada juga bubur nasi berwarna merah.

Balik rumah kali ni kiranya menimba pengalaman barula, pertama tengok ina yang masih segar-segar lagi dan keduanay dapat tahu satu lagi adat yang makin lama makin luput. Kesimpulannya, balik kampung memang BEST..!!!

My Favourite

It just for 5 minutes Break

One of my Favourite Song from my Favourite Korean Singer

Song Title: Let's break Up
Singer: Lee Seung Gi



This is fun!

Song Title: Nobody
singer:Wonder Girls (Korean)



This is the sneak preview from one of my favourite reality show. They are so hilarious. During my free time, I always watch them in You Tube.

Show:Two Days and One Night
Channel: KBS World

Cool Chemistry Trick