CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 1, 2009

Kuarantin - H1N1

Waktu masa tu dalam lebih kurang 1.20 pagi macam tuela. Saya masih belum tidur lagi, almaklumlah esok nak kena hantar lab report, konon-konon nak mencari maklumatlah nih walaupun mata masa tuh cuma terbuka setengah je, hehe. Tiba-tiba roomate saya kata dia dengar macam ada orang buat announcement. Dalam hati saya perasaan jer kot sebabnya saya tak dengar pun, mungkin sebab saya dengar muzik. Tapi, dia still tercari-cari dari mana datangnya announcement tu. Tak lama lepas tuh, kakak senior depan bilik saya yang rasanya dah tertidur terjaga sambil berkata "ada lagila announcement tuh, tapi x clear". Ahah, memang sahla ada announcement nih. Kelam kabut kami (saya dan roomate) menelefon orang tuh dan orang nih daripada KUO dan KHAR nak menegenal pasti apa yang disampaikan. Hehe, lupa lak nak bagitau saya duduk di Taman Bahtera. Setelah menelefon dan mesej beberapa orang, sahihlah bahawa perintah kuarantin telah dikeluarkan dan segala aktiviti di kampus esok termasuk segala kuliah dibatalkan sehingga satu tarikh diberitahu kelak berikutan penularan wabak H1N1. Walaupun rasa sedikit seronok, tetapi terdetik di hati saya adakah kes H1N1 ini main serius di UPSI. Doa saya semoga selamat semuanya...

Esok paginya, bermulalah kehidupan kurantin kami serumah. Daripada housemate saya, saya dapat tau yang kuarantin ini memang betul-betul 'strict' sebabnya nak keluar masuk KHAR pun tak dibenarkan dan pintu utama di pak guard depan ditutup. Nasib baik kami mempunyai bekalan makanan yang cukup, ai,ai.... Tengahari tuh, punyala semangat kami masak tapi rupa-rupanya jawatankuasa UKLK ada menyediakan makanan untuk kami. Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari :). Dalam lebih kurang pukul 3 petang, pengumuman bercuti dikeluarkan sehingga 9 Ogos. Ala, x bestnya cuti sem dibawa ke depan, huk huk. Namun begitu, ini adalah untuk keselamatan bersama.

Kini, penularan virus H1N1 di Malaysia makin serius. Semakin banyak institusi pengajian tinggi dan sekolah yang diarah tutup dan angka kematian makin bertambah. Kita semua harus makin berhati-hati dan sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan diri.
Ya Allah, kepadamu kami berserah. Kau lindungilah hambamu daripada malapetaka ini Ya Allah. Sesungguhnya Kau maha berkuasa lagi maha mengetahui segala apa yang terjadi di langit dan bumi Ya Allah. Amin.. Semoga selamat semuanya....

0 comments: