CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 25, 2009

Rumahku, Bantingku...

Alhamdulillah, dapat juga pulang ke rumah akhirnya. Lama dah tak balik ke rumah semenjak raya lagi. Rindu sangat-sangat dah dekat rumah. Rumah saya terletak di Banting, Selangor. Pada hari Ahadnya, ssya temankan mak pergi ke Pasar Tg. Sepat. sambil-sambil tu dapatla saya bawa kereta, lama sangat dah tak bawa, takut terlupa jer. Ahamdulillah, tak pun. Tg. Sepat dari rumah saya adalah dalam lebih kurang 40 minit. Pasar Tg. Sepat biasa jer. lebih kecil lagi dari Pasar Banting tapi yang seronoknya ikan di sana memang baru-baru dan segar lagi. Apa yang menarik perhatian saya dan mak ialah ikan-ikan tue memang baru sahaja dihantar ke situ dengan menaiki motor. Dan tauke-tauke ikan pun mulala mengira-ngira ikan tue, lepas ikan tue dikira barulah boleh dibeli. Itupun orang dah ramai tunggu dan kebanyakan ikan-ikan dah ada orang yang punya. Mengikut kata mak saya (almaklumlah saya tak berapa nak expert tengok ikan-ikan nih), ikan tu semuanya cantik-cantik, berkilat-kilat dan harga pun rendah sikitla berbanding bila dah sampai pasar Banting.Habis jer sebakul ikan, ikan lain pula sampai untuk dikira-kira. Seronok sangat kami tengok. Dalam pada tu, sempat juga saya ternampak seoang nenek digigit ketam yang masih hidup lagi semasa sedang memilih-milih dan bila cucu nenek tu pula datang nak pegang ketam, riuh nenek itu halang. Haha, kelakar

Selepas itu, saya balik kampung pula, kampung saya memang dalam perjalanan balik rumah pun, Kg. Endah. Sampai sana jer, pakcik saya kata makcik saya kat rumah jiran, ada masak-masak untuk kenduri doa selamat kecil-kecilan. Pulak dah, dengan tak dirancang-rancang, pergila saya ke rumah jiran tadi. Rupa-rupanya, mereka masak-masak untuk kenduri doa selamat buat anak jiran yang nak bertolak balik ke mesir tak lama lagi tapi yang menariknya kenduri doa selamat tu dia panggil aknak-kanak jer. Apa ntah nama dia, saya terlupa. Saya macam xcited juga la sebab saya x pernah mengalami sebelum ini. mak saya kata memang saya tak pernah sebab saya duduk kawasan perumahan. Majlis ini selalunya dibuat di kampung je, itupun dah makin kurang. Menu yang lain daripada lain ialah mungkin atas nasi putih ada telur rebus di samping ayam masak kicap,mi hun, kacang, ikan masin dan serunding. Ada juga bubur nasi berwarna merah.

Balik rumah kali ni kiranya menimba pengalaman barula, pertama tengok ina yang masih segar-segar lagi dan keduanay dapat tahu satu lagi adat yang makin lama makin luput. Kesimpulannya, balik kampung memang BEST..!!!

0 comments: